Arkib bagi Kategori ‘Isu Semasa’

Mahmud

Di sebalik tekanan Barat, Iran bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk serangan musuhnya – Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Iran menegaskan demikian sehari selepas laporan bahawa Israel sedang mendapatkan kebenaran Washington menggunakan ruang udara Iraq untuk menyerang Teheran.

Pendirian itu ditegaskan oleh tiga pemimpin Iran – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad; Menteri Luar, Manouchehr Mottaki dan timbalannya, Manouchehr Mohammadi hari ini.

Presiden Iran memberitahu, negaranya sama sekali tidak akan berpatah balik daripada meneruskan program nuklearnya meskipun terus berhadapan dengan tekanan Barat.

“Kereta api negara Iran bergerak tanpa mengenakan brek dan tidak ada gear berundur (dalam program nuklear),” kata beliau di hadapan ulama-ulama Islam di sini.

Kenyataan itu juga dikeluarkan sehari sebelum lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Jerman mengadakan mesyuarat tergempar di London esok untuk merangka resolusi baru bagi mengenakan sekatan ke atas Iran.

Semalam, akhbar harian konservatif Britain, Daily Telegraph yang memetik seorang pegawai kanan pertahanan Israel menyebut, rundingan sedang dijalankan untuk menyediakan satu ‘koridor’ di ruang udara Iraq jika negara Yahudi itu mengambil keputusan menyerang Iran.

Kemungkinan serangan tersebut akan berlaku diperkuatkan dengan kenyataan Naib Presiden AS, Dick Cheney yang negaranya tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kekerasan ke atas negara republik Islam itu.

Serangan itu memperlihatkan perbalahan AS dengan Iran berhubung isu nuklear semakin memuncak dan ternyata alasan Iran sebelum ini yang menyatakan bahawa program pengayaan uraniumnya hanya bertujuan menjana tenaga dipandang sepi oleh negara yang menganggap dirinya sebagai ‘polis dunia’ itu.


Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam laporannya Khamis lalu mengatakan Iran enggan menghentikan program pengayaan uraniumnya seperti yang dituntut oleh

Majlis Keselamatan dan sebaliknya bertindak memperkembangkan aktiviti itu.

Sementara itu, Manouchehr Mohammadi pula berkata, Iran telah mengambil persiapan yang perlu untuk menghadapi serangan ketenteraan daripada AS.

“Kami telah mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang situasi, sekalipun jika perang meletus.

“Iran juga bersedia untuk mengadakan rundingan tanpa prasyarat dengan AS tetapi pihak Amerika belum menerima tawaran itu,” kata beliau hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Luar itu, pegawai Iran telah mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan pihak Amerika berhubung Afghanistan dan Iraq tetapi mereka mahu Iran menerima syarat-syarat AS terlebih dahulu sebelum rundingan boleh berlangsung.

Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice menegaskan, beliau hanya akan mengadakan rundingan dengan rakan sejawatannya dari Iran jika Teheran terlebih dahulu bersetuju untuk menggantung kegiatan pengayaan uranium.

Manouchehr Mohammadi berkata, Teheran akan meneruskan program nuklearnya jika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi kedua bagi mengenakan sekatan lanjut terhadap Iran.

“Jika resolusi kedua diluluskan, kami tidak akan mengendahkannya dan Iran akan meneruskan program nuklearnya,” kata beliau.

Bagaimanapun Manouchehr Mottaki pula memberitahu, AS tidak akan melancarkan perang baru dan masih mahu mengekalkan rundingan sebagai satu-satunya cara untuk menyelesaikan pertikaian berhubung aktiviti nuklear Iran, bukannya ancaman.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Cheney tersebut.

Tambah beliau, AS tidak mampu untuk menyelesaikan perbezaan pendapatnya dengan Iran melalui perang dunia ketiga selepas konflik di Afghanistan dan Iraq.

“Kami tidak melihat AS berada dalam kedudukan untuk memaksa pembayar cukai Amerika menanggung kos krisis lain dengan melancarkan satu lagi perang di rantau ini,” kata Menteri Luar itu kepada pemberita semalam.

Laporan Persidangan Mengenai Perdagangan dan Pembangunan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNCTAD) menimbulkan keraguan mengenai jumlah sebenar pelaburan
langsung asing (FDI) ke Malaysia dalam tahun 2006.

Malaysiakini melaporkan, di dalam laporan yang diterbitkan pada 9 Januari
lalu, UNCTAD menganggarkan pelaburan asing di Malaysia bagi tahun 2006 hanya
kira-kira US$3.9 bilion (kira-kira RM13.8 bilion), atau 1.6 peratus lebih
kecil dari jumlah pelaburan asing sebanyak US$4 bilion pada tahun
sebelumnya.

Laporan itu bertentangan dengan pengumuman Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz yang mendakwa pelaburan asing
meningkat kepada kadar yang mencapai rekod tertinggi pada tahun 2006.

Rabu lalu, Rafidah mendakwa bahawa “FDI yang diluluskan” untuk sektor
pengeluaran mencapai rekod tertinggi iaitu sebanyak RM20.2 bilion,
peningkatan 1.13 peratus berbanding 2005.

Selain faktor-faktor lain, angka-angka tersebutlah yang dibangga-banggakan
sebagai tanda pemulihan ekonomi Malaysia oleh kerajaan dan media-media di
bawah cengkamannya.

Mengulas perkembangan yang mengelirukan itu, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang
berkata Perdana Menteri hendaklah menerangkan perbezaan RM6.4 juta antara
data kerajaan dan anggaran awal oleh UNCTAD.

Lim juga mengingatkan, perbezaan tersebut akan meningkat sehingga
RM9.85bilion jika diambilkira dua perkara dalam angka-angka kerajaan
itu.

“Pertama, angka-angka itu adalah untuk FDI yang diluluskan pada tahun
berkenaan, yang amat berbeza dengan aliran masuk FDI yang sebenarnya.
Contohnya, bagi tahun 2005, FDI yang diluluskan untuk sektor pengeluaran
adalah sebanyak RM17.9 bilion, tetapi aliran masuk ke negara ini adalah
(kira-kira) RM15.1 bilion – kekurangan sebanyak RM2.8 bilion.

“Kedua, FDI untuk sektor pengeluaran hanyalah 75 peratus dari jumlah FDI
keseluruhannya, yang akan membawa perbezaan sebanyak RM6.6 bilion antara FDI
untuk sektor pengeluaran seperti yang diluluskan dan aliran masuk sebenar
pada tahun 2005,” katanya.

Jika 75 peratus dari angka yang dinyatakan oleh UNCTAD adalah untuk sektor
pengeluaran, kata Lim, ia bermakna perbezaan antara angka terbaru yang
didakwa oleh kerajaan dan angka UNCTAD berada pada kadar RM9.85 bilion,
katanya.

Makanan Segera

Isu perbincangan negara sekarang semua berseloroh membincangkan mengenai isu makanan segera. Hal makanan segera ini bukan suatu isu yang baru tetapi telah ditimbulkan oleh orang ramai dan kerajaan sendiri. Dan sekarang kerajaan ingin mengambil langkah membendung makanan segera ini dengan cara mengharamkan iklan iklan di media television. Langkah yang serupa juga telah dilakukan di UK pada tahun 2006 oleh sebuah badan bernama Office For Communications (OFCOM) yang diketuai oleh Jamie Oliver.

Jadi apakah makanan segera sebernanya? ramai berpendapat ianya datang dari sebuah terma oleh Michael Jacobson pada tahun 1972 lagi. Tapi kebanyakan orang Malaysia di negara ini, definisi makanan segera adalah makanan yang berupa mi segera, makanan ringan dan restoran-restoran makanan segera yang merata-rata jumlah di negara ini seperti KFC, McDonald, Pizza Hut dan sebagainya.

Di dalam hal ini kita tidak boleh menundingkan jari pada sesama kita dan terus mengharamkan penyiaran iklan makanan segera dan beranggapan semua masalah ini akan selesai. Ini tidak akan berlaku dan tidak akan selesai masalahnya jika dibuat begini. Lihat saja pada rokok, iklan berkenaan mereka telah diharamkan, harga telah dinaikkan berkali ganda, kempen kerajaan telah berjuta dihabiskan untuk kempen memberhenti rokok. Tapi mengapa masih ada manusia iaitu seperti saya masih menghembuskan asap rokok dihari ini? Adakah langkah tersebut kurang berkesan? atau perokok seperti kami masih degil?

Jawapannya adalah pada produk itu sendiri! Zaman sentiasa berlalu, dan pada peredaran masa ini kita sudah didedahkan atau dibiasakan dengan benda-benda sebegitu di zaman ini. Face it! Today’s technology membuatkan kita bertambah mudah, cepat dan semakin malas. Seperti contoh, pada ketika kita membuat kerja di pejabat. Ketika kita terlampau sibuk, dan tiada masa untuk memikirkan benda lain dan perut kita berbunyi kelaparan amat sangat.

A. Adakah kita akan pergi ke kedai memilih lauk dan beratur membayar di kaunter?
B. Angkat telefon dan hubungi mana-mana restoran makanan segera?

Sudah tentu jawapannya B bukan? Dengan suasana kerja yang terlampau sibuk kita hendakkan suatu benda yang pantas bukan? Itulah mentaliti orang zaman sekarang ini, diamana sahaja tidak kira diamana jua. Untuk mengubah persepsi tersebut memerlukan suatu usaha yang keras dan berterusan. Jadi jawapan kepada permasalahan tersebut adalah dengan cara mengurangkan bahan-bahan dalam makanan tersebut yang diketahui boleh membawa kita kepada kesan yang tidak baik pada tubuh badan.

Tapi itu dari sudut cara mengawal pemakanan makanan segera, tapi jika ditanya apakah langkah sebenar mencegah penyakit kronik di Malaysia ini, jawapannya bukan sahaja pada makanan segera tetapi pada gaya hidup kita. Adakah kita bersenam? melakukan tekan tubi? berjogging? melakukan warm up setiap pagi sesudah bangun pagi? hanya segolongan minor sahaja rakyat Malaysia di negara ini melakukan semua tersebut. Lihat sahajalah berapa ramai yang berjogging di taman rekreasi berbanding yang berdating?

Tanya-tanyalah diri anda sekarang, bagaimanakah gaya hidup anda sekarang? jika ianya sama seperti diatas, lakukanlah sesuatu.. Selamat bersenam!




  • April 2014
    I S R K J S A
    « Okt    
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • Top Clicks

    • Tiada
  • Top Posts

  • eisham Bookmark


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.