Iran sudah bersedia untuk berperang

Mahmud

Di sebalik tekanan Barat, Iran bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk serangan musuhnya – Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Iran menegaskan demikian sehari selepas laporan bahawa Israel sedang mendapatkan kebenaran Washington menggunakan ruang udara Iraq untuk menyerang Teheran.

Pendirian itu ditegaskan oleh tiga pemimpin Iran – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad; Menteri Luar, Manouchehr Mottaki dan timbalannya, Manouchehr Mohammadi hari ini.

Presiden Iran memberitahu, negaranya sama sekali tidak akan berpatah balik daripada meneruskan program nuklearnya meskipun terus berhadapan dengan tekanan Barat.

“Kereta api negara Iran bergerak tanpa mengenakan brek dan tidak ada gear berundur (dalam program nuklear),” kata beliau di hadapan ulama-ulama Islam di sini.

Kenyataan itu juga dikeluarkan sehari sebelum lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Jerman mengadakan mesyuarat tergempar di London esok untuk merangka resolusi baru bagi mengenakan sekatan ke atas Iran.

Semalam, akhbar harian konservatif Britain, Daily Telegraph yang memetik seorang pegawai kanan pertahanan Israel menyebut, rundingan sedang dijalankan untuk menyediakan satu ‘koridor’ di ruang udara Iraq jika negara Yahudi itu mengambil keputusan menyerang Iran.

Kemungkinan serangan tersebut akan berlaku diperkuatkan dengan kenyataan Naib Presiden AS, Dick Cheney yang negaranya tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kekerasan ke atas negara republik Islam itu.

Serangan itu memperlihatkan perbalahan AS dengan Iran berhubung isu nuklear semakin memuncak dan ternyata alasan Iran sebelum ini yang menyatakan bahawa program pengayaan uraniumnya hanya bertujuan menjana tenaga dipandang sepi oleh negara yang menganggap dirinya sebagai ‘polis dunia’ itu.


Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam laporannya Khamis lalu mengatakan Iran enggan menghentikan program pengayaan uraniumnya seperti yang dituntut oleh

Majlis Keselamatan dan sebaliknya bertindak memperkembangkan aktiviti itu.

Sementara itu, Manouchehr Mohammadi pula berkata, Iran telah mengambil persiapan yang perlu untuk menghadapi serangan ketenteraan daripada AS.

“Kami telah mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang situasi, sekalipun jika perang meletus.

“Iran juga bersedia untuk mengadakan rundingan tanpa prasyarat dengan AS tetapi pihak Amerika belum menerima tawaran itu,” kata beliau hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Luar itu, pegawai Iran telah mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan pihak Amerika berhubung Afghanistan dan Iraq tetapi mereka mahu Iran menerima syarat-syarat AS terlebih dahulu sebelum rundingan boleh berlangsung.

Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice menegaskan, beliau hanya akan mengadakan rundingan dengan rakan sejawatannya dari Iran jika Teheran terlebih dahulu bersetuju untuk menggantung kegiatan pengayaan uranium.

Manouchehr Mohammadi berkata, Teheran akan meneruskan program nuklearnya jika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi kedua bagi mengenakan sekatan lanjut terhadap Iran.

“Jika resolusi kedua diluluskan, kami tidak akan mengendahkannya dan Iran akan meneruskan program nuklearnya,” kata beliau.

Bagaimanapun Manouchehr Mottaki pula memberitahu, AS tidak akan melancarkan perang baru dan masih mahu mengekalkan rundingan sebagai satu-satunya cara untuk menyelesaikan pertikaian berhubung aktiviti nuklear Iran, bukannya ancaman.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Cheney tersebut.

Tambah beliau, AS tidak mampu untuk menyelesaikan perbezaan pendapatnya dengan Iran melalui perang dunia ketiga selepas konflik di Afghanistan dan Iraq.

“Kami tidak melihat AS berada dalam kedudukan untuk memaksa pembayar cukai Amerika menanggung kos krisis lain dengan melancarkan satu lagi perang di rantau ini,” kata Menteri Luar itu kepada pemberita semalam.




    Tinggalkan Jawapan

    Please log in using one of these methods to post your comment:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Februari 2007
    I S R K J S A
        Apr »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728  
  • Top Clicks

    • Tiada
  • Top Posts

  • eisham Bookmark


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: