Pelaburan asing di Malaysia meragukan

Laporan Persidangan Mengenai Perdagangan dan Pembangunan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNCTAD) menimbulkan keraguan mengenai jumlah sebenar pelaburan
langsung asing (FDI) ke Malaysia dalam tahun 2006.

Malaysiakini melaporkan, di dalam laporan yang diterbitkan pada 9 Januari
lalu, UNCTAD menganggarkan pelaburan asing di Malaysia bagi tahun 2006 hanya
kira-kira US$3.9 bilion (kira-kira RM13.8 bilion), atau 1.6 peratus lebih
kecil dari jumlah pelaburan asing sebanyak US$4 bilion pada tahun
sebelumnya.

Laporan itu bertentangan dengan pengumuman Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz yang mendakwa pelaburan asing
meningkat kepada kadar yang mencapai rekod tertinggi pada tahun 2006.

Rabu lalu, Rafidah mendakwa bahawa “FDI yang diluluskan” untuk sektor
pengeluaran mencapai rekod tertinggi iaitu sebanyak RM20.2 bilion,
peningkatan 1.13 peratus berbanding 2005.

Selain faktor-faktor lain, angka-angka tersebutlah yang dibangga-banggakan
sebagai tanda pemulihan ekonomi Malaysia oleh kerajaan dan media-media di
bawah cengkamannya.

Mengulas perkembangan yang mengelirukan itu, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang
berkata Perdana Menteri hendaklah menerangkan perbezaan RM6.4 juta antara
data kerajaan dan anggaran awal oleh UNCTAD.

Lim juga mengingatkan, perbezaan tersebut akan meningkat sehingga
RM9.85bilion jika diambilkira dua perkara dalam angka-angka kerajaan
itu.

“Pertama, angka-angka itu adalah untuk FDI yang diluluskan pada tahun
berkenaan, yang amat berbeza dengan aliran masuk FDI yang sebenarnya.
Contohnya, bagi tahun 2005, FDI yang diluluskan untuk sektor pengeluaran
adalah sebanyak RM17.9 bilion, tetapi aliran masuk ke negara ini adalah
(kira-kira) RM15.1 bilion – kekurangan sebanyak RM2.8 bilion.

“Kedua, FDI untuk sektor pengeluaran hanyalah 75 peratus dari jumlah FDI
keseluruhannya, yang akan membawa perbezaan sebanyak RM6.6 bilion antara FDI
untuk sektor pengeluaran seperti yang diluluskan dan aliran masuk sebenar
pada tahun 2005,” katanya.

Jika 75 peratus dari angka yang dinyatakan oleh UNCTAD adalah untuk sektor
pengeluaran, kata Lim, ia bermakna perbezaan antara angka terbaru yang
didakwa oleh kerajaan dan angka UNCTAD berada pada kadar RM9.85 bilion,
katanya.




    Tinggalkan Jawapan

    Please log in using one of these methods to post your comment:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Februari 2007
    M T W T F S S
        Apr »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728  
  • Top Clicks

    • Tiada
  • Top Posts

  • eisham Bookmark


%d bloggers like this: