Pagi hari aku masuk kerja sama seperti pagi22 hari kerja aku sebelum nih aku akan bukak akaun MySpace aku, dan message yang aku terima adalah beratus-ratus (tapi aku rasa macam beribu pun ader gaks) sampah spam. Populariti MySpace memang tak boleh disangkal adalah yang paling popular di internet berbanding Google dan Yahoo. Tapi sejak akhir ini, populariti tersebut semakin kurang kerana spam, termasuk la aku (inila bahana ada kawan 6000++ dlm myspace).

Logo MySpace

Aku dah berkali-berkali send message pada Tom supaya letak word verification setiap kali orang send message and comment supaya masalah spam nih dapat dikawal, tapi tak tahulah bila masalah nih dapat selesai. Harap-harap MySpace dapat berada di hati aku selama-lamanya. huhuhu..

Audioslave

Bagi anda yang tidak tahu, Audioslave telah berpecah. Ini adalah kerana Chris Cornell merasakan bahawa Audioslave tidak cukup mantap untuk mengekspresikan kreativitinya. Apa yang peliknya, sebelum Chris hendak keluar lagi Rage Against The Machine (RATM) ingin membuat reunion mereka semula sekali lagi di Coachella music festival. Sebagai peminat RATM, saya merasa lega dengan perpecahan tersebut. RATM Rulez! Audioslave Sucks!

Mahmud

Di sebalik tekanan Barat, Iran bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk serangan musuhnya – Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Iran menegaskan demikian sehari selepas laporan bahawa Israel sedang mendapatkan kebenaran Washington menggunakan ruang udara Iraq untuk menyerang Teheran.

Pendirian itu ditegaskan oleh tiga pemimpin Iran – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad; Menteri Luar, Manouchehr Mottaki dan timbalannya, Manouchehr Mohammadi hari ini.

Presiden Iran memberitahu, negaranya sama sekali tidak akan berpatah balik daripada meneruskan program nuklearnya meskipun terus berhadapan dengan tekanan Barat.

“Kereta api negara Iran bergerak tanpa mengenakan brek dan tidak ada gear berundur (dalam program nuklear),” kata beliau di hadapan ulama-ulama Islam di sini.

Kenyataan itu juga dikeluarkan sehari sebelum lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Jerman mengadakan mesyuarat tergempar di London esok untuk merangka resolusi baru bagi mengenakan sekatan ke atas Iran.

Semalam, akhbar harian konservatif Britain, Daily Telegraph yang memetik seorang pegawai kanan pertahanan Israel menyebut, rundingan sedang dijalankan untuk menyediakan satu ‘koridor’ di ruang udara Iraq jika negara Yahudi itu mengambil keputusan menyerang Iran.

Kemungkinan serangan tersebut akan berlaku diperkuatkan dengan kenyataan Naib Presiden AS, Dick Cheney yang negaranya tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kekerasan ke atas negara republik Islam itu.

Serangan itu memperlihatkan perbalahan AS dengan Iran berhubung isu nuklear semakin memuncak dan ternyata alasan Iran sebelum ini yang menyatakan bahawa program pengayaan uraniumnya hanya bertujuan menjana tenaga dipandang sepi oleh negara yang menganggap dirinya sebagai ‘polis dunia’ itu.


Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam laporannya Khamis lalu mengatakan Iran enggan menghentikan program pengayaan uraniumnya seperti yang dituntut oleh

Majlis Keselamatan dan sebaliknya bertindak memperkembangkan aktiviti itu.

Sementara itu, Manouchehr Mohammadi pula berkata, Iran telah mengambil persiapan yang perlu untuk menghadapi serangan ketenteraan daripada AS.

“Kami telah mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang situasi, sekalipun jika perang meletus.

“Iran juga bersedia untuk mengadakan rundingan tanpa prasyarat dengan AS tetapi pihak Amerika belum menerima tawaran itu,” kata beliau hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Luar itu, pegawai Iran telah mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan pihak Amerika berhubung Afghanistan dan Iraq tetapi mereka mahu Iran menerima syarat-syarat AS terlebih dahulu sebelum rundingan boleh berlangsung.

Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice menegaskan, beliau hanya akan mengadakan rundingan dengan rakan sejawatannya dari Iran jika Teheran terlebih dahulu bersetuju untuk menggantung kegiatan pengayaan uranium.

Manouchehr Mohammadi berkata, Teheran akan meneruskan program nuklearnya jika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi kedua bagi mengenakan sekatan lanjut terhadap Iran.

“Jika resolusi kedua diluluskan, kami tidak akan mengendahkannya dan Iran akan meneruskan program nuklearnya,” kata beliau.

Bagaimanapun Manouchehr Mottaki pula memberitahu, AS tidak akan melancarkan perang baru dan masih mahu mengekalkan rundingan sebagai satu-satunya cara untuk menyelesaikan pertikaian berhubung aktiviti nuklear Iran, bukannya ancaman.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Cheney tersebut.

Tambah beliau, AS tidak mampu untuk menyelesaikan perbezaan pendapatnya dengan Iran melalui perang dunia ketiga selepas konflik di Afghanistan dan Iraq.

“Kami tidak melihat AS berada dalam kedudukan untuk memaksa pembayar cukai Amerika menanggung kos krisis lain dengan melancarkan satu lagi perang di rantau ini,” kata Menteri Luar itu kepada pemberita semalam.

Muzik Underground

Ramai memanggilnya muzik underground dan segelintir memanggilnya muzik independent, tapi saya memanggilnya muzik independent kerana bersesuaian dengan aktiviti muzik mereka yang lebih kepada cara independent atau D.I.Y. (Do It Yourself). Muzik mereka sering dipandang rendah oleh masyarakat dan lebih teruk lagi mengklasifikasikan mereka perosak bangsa. Walaupun pelbagai cemuhan dilontarkan mereka tetap meneruskan perjuangan mereka itu sehinggalah pada suatu masa yang tidak kita ketahui.

Di barat, muzik sebegini telah lama berkembang dan semakin maju, ianya hadir dari evolusi muzik yang dibuat sendiri oleh anak muda yang inginkan suatu kelainan dari pemberontakan diri mereka sendiri. Mereka ingin diketahui dan dipandang masyarakat pada ketika itu, jadinya muziklah tempat mereka meluahkannya. Dan keadaan tersebut telah berlanjutan hinggalah ke hari ini, daripada U.S ke Jepun dan daripada U.K ke Malaysia. Semangat muzik independent telah berkembang luas ke merata tempat.

Ia bukan suatu dakyah orang yahudi dan kristian untuk merosakkan anak muda islam sama sekali, dakwaan tersebut patut disangkal sama sekali. Kerana dunia semakin berkembang maju, dan penerimaan hiburan anak muda sekarang tidak boleh disamakan seperti mak bapak mereka dahulu yang susah untuk mendapatkan sesuatu material. Mereka tidak berkembang dan hanya menerima masuk apa yang sampai terhadap mereka. Bukan untuk mengatakan apa yang dibuat 100% betul, tetapi sikap sentiasa menyalahkan anak muda itu sendiri tidak akan pergi kemana. Sikap tersebut sebernanya menaikkan semangat anak muda itu membuatnya lagi. Itulah yang dinamakan ‘Smell Like Teen Spirit’..

Berani saya katakan pemuzik independent ini lebih berjaya memonopoli peminat berbanding muzik perdana kerana inisiatif mereka untuk terus menerus berusaha menaikkan nama dan mengeluarkan duit atas segala yang mereka lakukan tanpa sebarang pihak yang sponsor. Daripada latihan di studio, mengisi minyak kenderaan untuk bergerak atau menaiki bas, hinggalah kepada recording sesebuah demo atau EP atau album. Mereka lebih telus dan jujur yang mereka lakukan dan sebab itulah mereka berjaya.

Force Vomit at Rock The World 7

Pada masa sekarang telah ramai pihak penganjur tampil untuk membuat gig dan konsert untuk band-band tersebut untuk menunjukkan bakat yang mereka ada. Sebagai contoh konsert Rock The World yang telah masuk yang ke 7 telah berjaya menarik penonton seramai 20,000 lebih penonton dan semakin bertambah sedangkan konsert artis tempatan hanyalah 10,000 sahaja. Gig yang sering diadakan setiap hujung minggu sentiasa dipenuhi oleh peminat-peminat yang setia, tidak kira dari mana mereka hadir. Itulah semangat independent! Semangat dimana mereka dan juga saya tidak memerlukan media perdana untuk berkembang, sebaliknya membuktikan kami jauh lebih baik daripada artis muzik perdana dan boleh pergi jauh dari artis itu tersebut. It’s time to change!!

Pernah anda dengar ungkapan “janji melayu”, “tula perangai org melayu”, “aku malu jadi orang melayu” dan banyak lagi ayat-ayat yang keluar dari mulut bangsa melayu tu sendiri mengutuk bangsa dia sendiri! Aku pun tak faham mengapa mesti ada persepsi tersebut dalam diri orang melayu itu sendiri.

Tak bolehkah kita bila seseorang melakukan silap atau salah kita cuma salahkan pada individu tersebut dan bukan nama melayu itu sendiri. Bangsa melayu bukan lemah, dan itu adalah ayat yang kita patut tahu dan semat dalam kepala otak. Kalau kita tengok contoh bangsa lain, pernahkah kita mendengar dorg cakap “haaa.. inila perangai org yahudi!”, “ko ni janji american btol la david” TIDAK!! bukan? kenapa mesti kita nak kondem bangsa kita sendiri? ya kondem.. ayat yang betul dengan perlakuan kita tadi.
Apa kita buat semua tak betul, tapi bila sampai kepada bangsa lain kita puja mereka bagaikan bangsa mereka adalah teramat hebatnya dari bangsa kita yang kita jadi sekarang.

Come on la u guys, bangsa melayu hanyalah terdapat di Asia Tenggara sahaja. kalau ada di tempat lain tu lain cerita ok. Berilah bangsa kita sokongan, amalkan dalam diri kita untuk tidak menyebut lagi ayat-ayat begitu. Kesian kat bangsa kita, kalau tak kita siapa lagi yang nak banggakan. Canadian? British? Cina? Please ok..

Anggapla melayu tu sendiri macam mak ayah kita, kita buat salah itu kesalahan kita. Takkan pulak salah mak ayah kita lak bukan?! Malay Power!

Pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang upload atau send video berkaitan ngan aksi Mat Rempit. Dakwaan menganggu pihak polis akan dikenakan terhadap pesalah.

Dalam hal ini, internet adalah suatu database yang paling besar di dunia. Dan adalah amat sukar untuk menghentikan uasaha tersebut kerana sebaran boleh dilakukan dengan pelbagai cara yang kita sendiri tidak sedar sekalipun.

Adalah lebik baik jika mereka mengambil pendekatan membanteras secara terus kepada Mat Rempit itu sendiri berbanding mereka yang menyebarkannya kerana dalam kes ini orang yang patut dipersalahkan adalah Mat Rempit itu sendiri. Mengapa pula user pula harus dipersalahkan?

Laporan Persidangan Mengenai Perdagangan dan Pembangunan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNCTAD) menimbulkan keraguan mengenai jumlah sebenar pelaburan
langsung asing (FDI) ke Malaysia dalam tahun 2006.

Malaysiakini melaporkan, di dalam laporan yang diterbitkan pada 9 Januari
lalu, UNCTAD menganggarkan pelaburan asing di Malaysia bagi tahun 2006 hanya
kira-kira US$3.9 bilion (kira-kira RM13.8 bilion), atau 1.6 peratus lebih
kecil dari jumlah pelaburan asing sebanyak US$4 bilion pada tahun
sebelumnya.

Laporan itu bertentangan dengan pengumuman Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz yang mendakwa pelaburan asing
meningkat kepada kadar yang mencapai rekod tertinggi pada tahun 2006.

Rabu lalu, Rafidah mendakwa bahawa “FDI yang diluluskan” untuk sektor
pengeluaran mencapai rekod tertinggi iaitu sebanyak RM20.2 bilion,
peningkatan 1.13 peratus berbanding 2005.

Selain faktor-faktor lain, angka-angka tersebutlah yang dibangga-banggakan
sebagai tanda pemulihan ekonomi Malaysia oleh kerajaan dan media-media di
bawah cengkamannya.

Mengulas perkembangan yang mengelirukan itu, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang
berkata Perdana Menteri hendaklah menerangkan perbezaan RM6.4 juta antara
data kerajaan dan anggaran awal oleh UNCTAD.

Lim juga mengingatkan, perbezaan tersebut akan meningkat sehingga
RM9.85bilion jika diambilkira dua perkara dalam angka-angka kerajaan
itu.

“Pertama, angka-angka itu adalah untuk FDI yang diluluskan pada tahun
berkenaan, yang amat berbeza dengan aliran masuk FDI yang sebenarnya.
Contohnya, bagi tahun 2005, FDI yang diluluskan untuk sektor pengeluaran
adalah sebanyak RM17.9 bilion, tetapi aliran masuk ke negara ini adalah
(kira-kira) RM15.1 bilion – kekurangan sebanyak RM2.8 bilion.

“Kedua, FDI untuk sektor pengeluaran hanyalah 75 peratus dari jumlah FDI
keseluruhannya, yang akan membawa perbezaan sebanyak RM6.6 bilion antara FDI
untuk sektor pengeluaran seperti yang diluluskan dan aliran masuk sebenar
pada tahun 2005,” katanya.

Jika 75 peratus dari angka yang dinyatakan oleh UNCTAD adalah untuk sektor
pengeluaran, kata Lim, ia bermakna perbezaan antara angka terbaru yang
didakwa oleh kerajaan dan angka UNCTAD berada pada kadar RM9.85 bilion,
katanya.

Logo Wilayah Pembangunan Iskandar

Sebagai anak Johor saya berbangga dengan sebuah perancangan baru yang ingin dibuat di Johor iaitu WPI atau Wilayah Pembangunan Iskandar. Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di Selatan Johor.Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.

Koridor ini ditubuhkan pada 30 Julai 2006.Koridor ini telah bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama.

WPI juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini, dikatakan apabila siap keseluruhan kawasan pembangunana menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura.

Khazanah Nasional Bhd. akan menjadi pemain utama dalam merealisasikan wawasan itu.

Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Ekonomi Selatan Johor (SJER), diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ.

Pembangunan itu merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) di tenggara.syarikat milik kerajaan (GLC), seperti Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pelaburan tambahan sebanyak RM3.4 bilion lagi dengan melaksanakan beberapa projek strategik melalui Perbadanan Pelaburan Johor Selatan (SJIC).

Berdasarkan pelan pembangunannya, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kawasan pertumbuhan ekonomi itu dijangka begitu pesat melalui kepelbagaian bidang.

Antaranya ialah bidang elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian, perkhidmatan logistik serta pelancongan di samping perubatan dan kesihatan, pendidikan, kewangan serta industri kreatif.

Keunikan WPI juga dilihat berdasarkan pembangunan sedia ada seperti pembangunan bandar pesisir pantai Teluk Danga, Bandar Nusajaya, kawasan perindustrian Pasir Gudang dan Kompleks Kastam, Kuarantin dan Imigresen (CIQ) dengan projek-projek pembangunan yang baru.

Projek Pembangunan Nusajaya, sebuah bandar bertaraf dunia terbesar di Asia Tenggara juga termasuk dalam WPI.

Rancangan Sensasi yang telah menarik penonton sebanyak 1.5 juta penonton telah diberhentikan sementara oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dikembalikan semula setelah diubah formatnya akan datang. Pengumuman tersebut dibuat oleh ketua produksi rancangan, Jamil Hassan.

Isu pemberhentian rancangan tersebut adalah kerana timbul isu dimana aktres Rosnah Mat Aris mengeluarkan kenyataan sensitif dengan mengaitkan usia isteri Rasulullah ketika menjawab pertanyaan pengacara, Awaluddin Shaari mengenai kecenderungannya bercinta dengan lelaki muda yang tidak sepadan usianya.

Rosnah Mat aris mengaku kesal dengan kenyataanya tersebut dan mengaku salah atas tindakannya.

Suatu isu yang agak berat sebernanya jika ditanya pendapat saya berkenaan isu berkaitan agama ini. Saya tidak mahu menuduh aktres tersebut salah, bagi saya ilmu tentang agama ini ‘eloklah’ dibawa bincang oleh orang yang besarnya ilmunya dalam agama ini. I just wanna play safe..

Laman Berikutnya »


  • Disember 2016
    M T W T F S S
    « Oct    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Top Clicks

    • Tiada
  • Top Posts

  • eisham Bookmark